TERKINI : Team Hollywood Kembali Mengganas di Kejuaraan RLIR

Pasukan Team Hollywood terus semakin menunjukkan belang apabila meraih dua kemenangan berturut-turut pada hari kedua pada Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) Belt & Road di sini hari ini.

Beraksi dengan angin kencang kira-kira 15 knot dari Laut Utara dan laut bergelora, pasukan dikemudi Ray Roberts itu dilihat sukar untuk ditewaskan apabila terus mengungguli perlumbaan empat dan kelima. Kemenangan itu menyaksikan pesaing dari Thailand, THA72 ‘buntu’ mencari kemenangan pertama mereka dalam kelas Racing itu.

THA72 yang dikemudi Don Whitcraft menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala Team Hollywood unggul memenangi saingan. Pendahulu hari pertama, pasukan effieConnect pula terperosok di tempat ketiga Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Zuhal menerusi jurumudi, Salleh Ahmad hanya menamatkan saingan di tangga terakhir daripada lima pasukan bertanding.