Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya Peguam Negara membuat keputusan berdasarkan bukti sebelum memutuskan tidak membuat pendakwaan kepada mana-mana pihak bersabit video seks baru-baru ini.

Justeru Presiden PKR itu berkata keputusan tersebut patut diterima.

“Saya baca kenyataan itu saya fikir AG buat keputusan berdasarkan bukti yang diberikan kepadanya. Jadi saya rasa kita terima seperti itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di ISTAC hari ini.

Jabatan Peguam Negara pada 9 Januari lalu memutuskan tidak akan mendakwa mana-mana pihak dalam kes video seks sejenis yang dikaitkan dengan seorang menteri dan individu bernama Haziq Abdul Aziz.

Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkata, hasil siasatan pihaknya dan Polis Diraja Malaysia mendapati walaupun video-video tersebut tulen, pengecaman wajah tidak dapat dipastikan kerana resolusi rakaman video yang rendah.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan video yang sama kemudian bersyukur dengan keputusan itu  dalam menganggap video seks yang mengaitkan dirinya itu hanyalah mainan politik. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Gagal cam wajah, tiada pendakwaan kes video seks sejenis – AG