Robert O'Brien. foto Agensi

WASHINGTON – Penasihat Keselamatan Kebangsaan White House, Robert O’Brien berkata, Amerika Syarikat telah memaklumkan kepada Korea Utara untuk meneruskan perbincangan.

O’Brien juga berkata ia adalah tanda “positif” kerana pemimpin Korea Utara Kim Jong Un tidak menyampaikan amaran “hadiah Krismas.”

Beberapa penganalisis mengatakan ada mungkin Pyongyang telah menyediakan ujian peluru berpandu jarak jauh, sementara Presiden Donald Trump menyifatkan hadiah bulan lalu “mungkin sesuatu yang baik”.

“Kami telah memaklumkan kepada Korea Utara bahawa kami ingin meneruskan rundingan di Stockholm yang kali terakhir dilakukan pada awal Oktober lalu.

“Kami memaklumkan kepada mereka melalui pelbagai saluran, kami ingin perbincangan kembali di landasan semula,” katanya.

Pada hari Sabtu, Korea Utara memaklumkan Kim Jong Un telah menerima ucapan ulang tahun dari Trump, tetapi hubungan peribadi mereka tidak mencukupi untuk kembali ke meja rundingan, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi berita negara KCNA.

Trump bergantung pada hubungan peribadi beliau dengan Kim untuk menghapuskan penggunaan senjata nuklear dalam perbincangan pada 2018 dan 2019, tetapi usaha-usaha tersebut sebahagian besarnya gagal di peringkat kerja dan mencetuskan kebimbangan baru mengenai keupayaan nuklear Pyongyang.

Korea Utara tidak akan membincangkan cadangan seperti mana dilakukan Trump pada sidang kemuncak terakhirnya dengan Kim di Hanoi pada Februari 2019, seorang penasihat Kementerian Luar berkata pada hari Sabtu.

Kim baru-baru ini berkata, tidak ada lagi alasan bagi Pyongyang untuk terikat dengan larangan ujian peluru berpandu balistik antara benua dan bom nuklear.

Sebaliknya, Pyongyang akan memperkenalkan ‘senjata strategik baru” akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in berkata, baru-baru ini terdapat keperluan mendesak bagi cara-cara praktikal untuk meningkatkan hubungan dengan Korea Utara, sambil menambah beliau bersedia untuk bertemu pemimpinnya. – MalaysiaGazette