Mohammed Nizham Abdullah Hamidi

KUALA LUMPUR – Terdapar desas desus mengatakan operasi Danone Dumex Malaysia bakal berpindah ke Indonesia dan Thailand dalam masa terdekat dengan notis pemberhentian telah diberikan kepada lebih 300 pekerja syarikat itu hari ini.

Kegusaran Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi yang dikongsi pada laman media sosial Facebook itu turut memberi kejutan kepada netizen.

“Diberitakan syarikat pengeluar susu Danone Dumex pagi ini, pekerja mereka mendapat kejutan ‘surprise’. Ingat mereka mendapat bonus untuk Tahun Baharu Cina tetapi meleset kerana rupa-rupanya notis penutupan seluruh hab di Malaysia.

“Semua diberhentikan. Seluruh operasi akan berpindah ke Indonesia dan Thailand. Di jangka sekurang-kurangnya lebih 300 pekerja syarikat ini terjejas.

“Seandainya di kira, 300 x empat orang (kiraan untuk satu keluarga) maka sekurang-kurang 1200 orang akan terkesan dengan pemberhentian ini,” katanya.

Mohd Nizham dalam pada itu melahirkan rasa bimbangnya dengan keadaan ekonomi yang semakin teruk sehingga menyebabkan semakin ramai rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan manakala kadar pengangguran pula meningkat mendadak.

“Ekonomi Malaysia sedang menuju ke arah yang lebih teruk ketika ini. Peratusan atau kadar 11 peratus adalah bersamaan dengan hampir 500,000 rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pekerjaan atau menganggur akan meningkat.

“Semoga pekerja syarikat itu lebih tabah untuk berhadapan dengan hari-hari yang mencabar dan sukar selepas ini,” ujarnya.

Beliau juga turut berkongsi tanda pagar #PrayForMalaysia dalam posting berkenaan yang juga mendapat reaksi serta perkongsian para netizen juga melahirkan kegusaran mereka dengan penutupan operasi syarikat di negara ini. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Kalau betul… Tahniahlah rakyat Malaysia yang telah mengundi PH…. Pakat Hampeh semua..!!!!!

  2. Semua ini adalah bukti kejayaan tun mahathir setelah kembali menjadi PERDANA MENTERI…PM PALING TUA DAH TAK PRODUKTIF..TUA..

Comments are closed.