Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak kisah jika diminta untuk meletakkan jawatan sekarang jika itu keputusan sebulat suara Majlis Presiden Pakatan Harapan.

“Saya rasa perkara ini (iaitu) saya perlu meletakkan jawatan atau tidak perlu diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan apabila kami duduk bersama (bermesyuarat).

“Apa yang saya tahu, jika mereka mahu saya pergi (meletak jawatan) sekarang, saya akan pergi,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Integriti Nasional Bank Rakyat di sini hari ini.

Sejak kebelakangan ini desakan supaya Dr. Mahathir menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin kedengaran.

Tambahan pula, tiada sebarang tarikh ditetapkan bagi peralihan kuasa tersebut.

Terbaharu, beberapa ahli PKR dengan lantang meminta Dr. Mahathir meletakkan jawatan di samping memberi saranan kepada Sekretariat Pakatan Harapan memastikan Mesyuarat Majlis Presiden membuat ketetapan tarikh peraliha kuasa Perdana Menteri pada Mei 2020.

Ini katanya adalah bagi menjamin kelangsungan agenda Pakatan Harapan.

Dr Mahathir berjanji akan menyerahkan kuasa kepada Anwar seperti yang ditetapkan dalam peralihan kuasa selepas Pakatan Harapan mengambilalih tampuk pemerintahan negara.

Beliau berulang kali menegaskan tidak akan melanggar persetujuan tersebut dan menyebut akan menyelesaikan persidangan APEC yang berlangsung di Malaysia November depan sebelum menyerahkan kuasa kepada Anwar. -MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Elok la tu dah tua bangka! Selepas 20 bulan tiada satu pun kebaikan dilihat yang dibuat untuk rakyat?

    Ramai yang merasakan 20 bulan adalah masa yang cukup untuk mengagih2kan projek2 kerajaan kepada kaum kroni dan sahabat handai?

  2. Sebelum meeting majlis hancing, eloklah buat satu filem pendek kisah sedih Atok dan cucu yang hajat tak kesampaian ingin menziarahi kubur seorang ulamak? Perjuangan belum selesai?

    Boleh siar disemua saluran TV 24 jam sehari.

Comments are closed.