Papan tanda Jambatan Angkat di Kuala Nerus yang dikongsi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di laman sosial.

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memuatnaik perihal Jambatan Angkat di Terengganu.

Azmin menulis di laman Facebook dan Twitter: “Wujudnya Jambatan Angkat di Terengganu, wujudlah papan tanda jambatan angkat pertama di Malaysia.”

Turut disertakan adalah gambar papan tanda jambatan angkat yang tertera nama beliau.

“Tak semua negara ada dan berani untuk buat infrastruktur ikonik seperti ini ditambah lagi dengan kejuruteraan dan teknologi berkelas tinggi.

“Projek bernilai RM248 juta ini merupakan sebahagian daripada projek ECER, yang dibuat untuk manfaat penduduk Terengganu,” kata Azmin.

Hantaran dan ciapan beliau itu mendapat reaksi dalam kalangan warga maya yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada kerajaan Barisan Nasional kerana projek tersebut adalah hasil inisiatif kerajaan terdahulu.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mengulas perkembangan tersebut.

Najib berkata, jambatan tersebut adalah projek kerajaan BN dan papan tanda jambatan mungkin projek Pakatan Harapan.

“Tahniah dan syukur atas kejayaan projek papan tanda,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Najib turut memberikan perincian mengenai Jambatan Angkat Terengganu Kuala Nerus.

Projek mula: Ogos 2014

Projek siap: Tahun 2018. Dibuka tahun 2019.

Kos projek: RM248 juta.

— MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Itu kerja ph, dia hnya tukar nama je , apa benda yg dia org buat tak ada tgok lagi dah hmpir 2 tahun..apa yg dia buat , main politik , gila kuasa je..

    • Ph….. Harapan hanya tinggal harapan. Tak boleh harap. Macai macai ni tak reti nak buat kerja. Rugi aku bayar gaji korang. Aku ni pembayar cukai tau. Aku tak halalkan dunia akhirat. P mamposla kau

  2. Boleh tak org terangganu tanggalkan papan tanda nama si semburit tu…tak layak lah..lagi pun tak sesuai sbb seperti memuja nama pendosa…haram tu.

Comments are closed.