video klip
Tangkap layar seorang pengundi dipercayai dalam Parlimen Kimanis yang mengaku disogok wang beli undi.

KIMANIS – Imej Parti Warisan Sabah (Warisan) agak tercalar apabila dikaitkan politik wang susulan penularan klip video di media sosial WhatsApp mendakwa menerima sogokan daripada dua wakil rakyat didakwa daripada parti pemerintah itu.

Video berdurasi 1 minit 27 saat yang tular sejak awal pagi hari ini menunjukkan seorang lelaki dewasa dipercayai berbangsa Brunei, Sabah mengakui dia menerima RM385 semata-mata mahu membeli undi.

Bagaimanapun lelaki dalam video tersebut mengaku dia hanya akan memangkah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis walaupun menerima bayaran.

“YB punya dua orang, YB Yang Berhormat ku potong dua-dua. Berapa kau dapat…RM385.

“BN tak boleh kacau, BN biar dia menang, aku ambil duit daripada orang Warisan, BN tak mau pakai duit, tahu menang sahaja.

“Kerana dia kerajaan baru, potong. Bukan aku kempen, sebab nak dapat duit. Menang Datuk Mohamad Alamin. Kerajaan baru ini tak boleh pakai,” kata lelaki dalam video klip itu. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Hahaaa.. Dulu kata BN main duit… Skrg ape sudah jadi PH… Siap mengaku lagi… PAKU DULANG PAKU SEPIH.. MENGATA ORANG PH SENDIRI YANG LEBIH…. buat malu ja… Tahniah BN

  2. Kuda tua sudah kalah…terima kasih org2 Kimanis kerana selamatkan sabah dari penjajah era baru….#K.O WARISANPILAK2 JGN MIMPI LAH PSS.

Comments are closed.