PETALING JAYA – Mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang bermula jam 9 pagi tadi dipercayai tidak dihadiri Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmi Ali dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya dihadiri Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution, dan Naib Presiden PKR, Xavier Jayakumar.

Kedua-dua mereka sebelum ini hadir dalam mesyuarat Biro Politik minggu yang dibuat di ibu pejabat PKR minggu lalu.

Kehadiran Timbalan Presiden dan Naib Presiden PKR itu menarik perhatian kerana sebelum ini mereka gagal hadir dalam mesyuarat biro politik parti dan isu tersebut pernah dibangkitkan parti berkenaan.

Azmin sebelum ini berkata, beliau berharap 2020 menjadi permulaan yang baik untuk PKR, malah membayangkan masalah yang membelenggu parti itu akan diselesaikan.

“Saya kira tahun 2020 permulaan yang baik. Saya rasa kita mesti berjumpa lebih kerap, berbincang dan kita mesti sama-sama mempunyai rasa hormat dan persefahaman untuk menyatupadukan parti,” katanya pada Khamis lalu.

Difahamkan Azmin sekarang berada di Kimanis sempena hari pengundian Pilihan Raya Kecil kawasan itu hari ini. -MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Non tampak cemas sejak akhir2 ini, raut wajah mengatakannya. Berbanyaklah bersabar wahai Non, Feb, March, April dan 13 May 2020 bukanlah lama mana, kurang lebih 3 bulan ++ saja lagi, banyak2 bersabar!

  2. tiga orang aje mesyuarat. padan lah tu. dimesjid pun berjemaah dua orang je. dapar pahala serupa juga 27.

Comments are closed.