KUALA LUMPUR – Pemimpin Biro Politik PKR mempersoalkan kenapa parti perlu mengamalkan sikap pilih kasih dalam hal berkaitan kebebasan bersuara di kalangan pemimpin dan ahlinya.
Ketua Penerangannya, Syarul Ema Rena Abu Samah menegaskan, bukankah kebebasan bersuara itu hak setiap pemimpin dan ahli untuk meluahkan pendapat tanpa prejudis.
“Mengapa ada ‘double standard’ dalam isu kebebasan bersuara? Bukankah ianya hak setiap ahli dan pimpinan untuk meluahkan pendapat tanpa prejudis?
“Jika seseorang pemimpin atau ahli parti bersuara menyatakan pandangan yang tidak secocok dengan kita, adakah perlu kita mengambil tindakan terhadap individu tersebut?
“Tetapi jika pendapat itu sesuatu yang sedap untuk hati kita walaupun ianya tidak tetap dan benar, kita merelakan ianya begitu sahaja?” soalnya dalam kenyataannya hari ini.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Ratu Naga kemudian bertanya, di manakah laungan hak kebebasan dan demokrasi dilaungkan selama ini, adakah serupa zaman Barisan Nasional (BN) yang memecat dan memenjarakan sesiapa yang bersuara.
Soal beliau lagi, kenapa Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kedah, Datuk Johari Abdul dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) lantikan tidak pernah mempersoalkan Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar tidak hadir mesyuarat.
“Kenapa tidak dengar suara mereka yang anti (Datuk Seri Mohamed) Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin mendesak kedua-dua naib presiden itu meletak jawatan?
“Kenapa harus dipertikai sebelah pihak sahaja? Pada hal Azmin dan Zuraida telah menang dan dipilih berbanding yang kalah dan kuat berbunyi.
“Bila dipilih dan menang, itu tandanya Azmin dan Zuraida adalah suara majoriti PKR. Malah, kita sedia maklum keduanya ini rajin serta bagus dalam memenuhi kerja serta amanah yang diberi rakyat dan patut dibanggakan. Tapi berlaku sebaliknya, bukankah ini ‘double standard’ namanya?” soal Ratu Naga lagi.
Beliau juga berkata, dalam situasi negara yang memerlukan tumpuan untuk pemulihan, adakah wajar Johari mengeruhkan lagi keadaan umpama menjadi pengadu domba di kalangan kepimpinan parti.
Sepatutnya, jika ada permasalahan berlaku beliau harus lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan.
“Mengapa Johari tidak pertikaikan mereka yang menyerang Timbalan Presiden dan Naib Presiden terlebih dahulu? Mengapa baru sekarang cuba menjadi jaguh mempertahankan presiden?
“Jika beliau seorang pemimpin berintegriti sudah pasti beliau akan mempertahankan bukan saja presiden, namun semua kepimpinan tertinggi parti,” katanya. – MalaysiaGazette

















Masalah dalaman parti hancing tak usahlah lagi nak kaitkan dengan BN?
Sehancing emak kau punya ..
Setuju…. bayangkan ada yg kata emaknya sendiri pin hancing.
Leave BN out of this.
Ko tak pyh nk menipu lh bodoh, zamn bn tak pnh pun pjara org tanpa sbb, nmpk sgt ko ni pkr bodoh n jahat, parti jahat bukn di mlysia ya…pi mmpus lh pkr, parti huru hara..parti gila, parti utk sorg shja..parti sejubur, parti sburit…parti dua puak…parti yg bkl hncur..
Kau bodoh sekeluarga
Panas dan terbakar….
Ph parti hanching baru beberapa bulan memerintah huru hara jadinya .. yg susah rakyat balik .. tuksr kerajaan lg baguslah …
Sehancing nenek kau
Apa yg Johari Abdul tu bg manfaat kat Kedah ni, nk jawatan n pangkat
Itu menunjukan yg ada dlm parti tu mau kan bahagian dan hak serta gila kuasa.macam lambang nya juga mata satu…..tu pasal nampak sebelah je.
Cari punca perpecahan dan siapa yang memimpin kumpulan itu.
Dulu tak ada perpecahan .. kuat dan dihormati. Sekarang ni terbalik pulak..
Unyuk memimpin negara ini mestilah orang tulus berkerja, rajin dan pintar. Ia didapati dari pergaulan dan pembelajaran.
Jika hanya bercerminkan dinding bertahun .. ilmu yang ada ketinggalan jaman selewat seusianya.
Azmin Ali (AA) Paling layak
Selayak semburit.warisan kalah disabah mungkin ada bau jubor dri semenanjung.
Busuk bau jubur
Mcmmana rakyat nak respect . Dlm parti pun org atsn bergaduh tak habis2… Bila La nak selesai… Mcm budak2. Haha
Itu pun berangan Pemimpin PKR nak pimpin negara..puuiiih