Datuk Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Pas Pusat hari menafikan memberi restu kepada Pas Sarawak berhubung penggunaan lambang Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tiada sebarang keputusan daripada pucuk pimpinan mengenai isu berkenaan malah parti itu masih belum memutuskan untuk bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

“Pas Pusat ingin mengesahkan tidak pernah membuat sebarang keputusan sedemikian malah belum memutuskan penyertaan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang.

“Oleh itu kenyataan tersebut bukanlah kenyataan Pas Pusat mahupun kenyataan Pas Sarawak yang disahkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan Pas Sarawak, Zharudin Narudin berkata, Pas Sarawak berpandangan tiada masalah bagi parti itu untuk menggunakan lambang BN sekiranya perlu untuk memenangi kerusi sulung di negeri itu.

Zharudin turut berkata, ia satu kelebihan yang tidak sepatutnya diabaikan untuk mengembalikan Sarawak yang sebelum ini kuat dengan sentimen undi lambang BN.

Beliau berpandangan kemenangan BN di Parlimen Kimanis pada Sabtu adalah disebabkan penerimaan pengundi Borneo terhadap Muafakat Nasional.

Untuk rekod, PRN Sarawak Ke-12, dijangka berlangsung pada akhir tahun depan atau awal 2021. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pas Sarawak mungkin guna lambang BN

2 Komen

  1. Awas PAS, guna lambang KAFIR, mantan KAFIR tu,dulu kena terajang di tendang mcm bola, kesian zaman maha FIRAUN,skrg masih tak serik2 melayu mudah lupa,klu buat perangai mcm tu juga,, ha, ha, ha, tak lama nasibnya sama juga mcm dulu, kena TALAK SATU masih gila talak, nak semburit juga dgn bekas suami tu,,nasib di talak satu, klu terus talak 3@….,kenala cina buta, cari pak sanggup, klu dah ada akal malas nak guna buat pembedahan shjla, buang akai tu, tinggal nafsu shj, jdila mcm haiwan, hi, hi, hi, hi, hooooo!..

  2. Lambang boleh di gunak dacing tu, tpi dgn syarat UMNO wajib ubah dasar ddlm partinya dhulu,letakkn syarat2 yg ketat, klu tidak kekalkn pendirian sendri, masing2 gunapakaila logo masing2,boleh buat cmtu, dap tak join dgn pkr,tpi bila menang berada ddlm krjaan ph juga,apa problemnya? Itu pun sulit sgt nak fikio ke? Pemimpin2 tu?… Lagi pun nanti bertembung pula dgn AMANAH mcmna, ini andaian politik shj,, bukan ada apo2 pun,, &dap tu, aaaaah, x ada keperluan &kepentingn sgt pun… Klu bermuafakat x semestinya buang logo pas, pindah rumah, pepatah mlayu kata, seburuk2 rumah kita, itu adalah usaha titik peluh warisan dri pejuang2 pas dulu, takkn nak di lupakn jasa2 mereka kut?!…. Sentuhan sinis shj…

Comments are closed.