Mazlan Mohamed (Kiri) dan LazimSyed Haidil (Kanan)

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes.

Dalam kes pertama, SPRM Sabah sedang mengesan Mazlan Mohamed Lazim, 63, yang mempunyai alamat terakhir di TB 6266 Lorong 10, Taman Hot Spring Jaya, Tawau dan Kampung Bubul Lama, Jalan Kabogan, Semporna.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Ikhwan Zaudii Nordin di talian 088-488 381 atau 012-9560 560.

Sementara itu, dalam kes berasingan, SPRM Sarawak sedang mengesan Syed Haidil Syed Ahmad, 37, yang mempunyai alamat terakhir di No. 18, Jalan Nanas Barat Ulu, Kuching, Sarawak.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Muhamad Shukri Shaharudin di talian 082-467 701 atau 011- 3760 6308. – MalaysiaGazette