LONDON – Penjaga gol Manchester United, Sergio Romero terlibat dalam kemalangan jalan raya apabila kereta mewah yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan berhampiran lokasi latihan pasukannya di Carrington, Manchester.
DailyMail melaporkan, foto-foto kini tersebar di media sosial yang menunjukkan kereta Lamborghini milik Romero remuk teruk akibat melanggar pembahagi jalan.
Menurut laporan Itu, Romero tidak mengalami kecederaan serius apabila sebuah video memperlihatkan dia masih boleh berjalan berhampiran keretanya.
Kemalanhan tersebut berlangsung hanya beberapa jam setelah Manchester United tewas 0-2 di tangan Liverpool.
Romero merupakan pemain simpanan selama perlawanan berlangsung.
Dia yang merupakan pemain antarabangsa Argentina, dipercayai membeli kereta itu pada 2017 tidak lama selepas United mengalahkan Southampton untuk memenangi Piala Liga di Wembley.
Pemain berusia 32 tahun itu meyertai United sejak 2015. – MalaysiaGazette