KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan kini dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).
Penjenamaan semula itu selaras dengan inisiatif kerajaan untuk memperkasakan gerakan koperasi.
Perubahan tersebut dipersetujui oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 Januari lalu, kata kementerian itu dalam kenyataannya. – MalaysiaGazette