Gambar hiasan. Foto: lensa Malaysia Gazette.

KUALA LUMPUR- Seorang warga emas meninggal dunia selepas terlibat kemalangan dengan bas Rapid KL Laluan 590 di Jalan Chan Sow Lin, malam tadi.

Rapid Bus dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam apabila bas yang menghala ke hub Lebuh Pudu telah terlanggar seorang pejalan kaki yang secara tiba-tiba melintas di hadapan laluan bas.

“Mangsa yang dalam lingkungan umur 60-an mengalami kecederaan kritikal dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kapten bas berserta 20 penumpang di dalam bas berkenaan, bagaimanapun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Rapid Bus akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak polis bagi menjalankan siasatan terhadap insiden berkenaan,” katanya.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Bandar.- MalaysiaGazette