Wan Zulkiflee Wan Ariffin

KUALA LUMPUR – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin sekali lagi diiktiraf sebagai satu-satunya CEO dari ASEAN dan CEO Minyak dan Gas dari Asia dalam senarai 100 tokoh global terbaik Brand Guardians 2020 oleh Brand Finance, badan penilai jenama terkemuka dunia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata, Wan Zulkiflee berada di kedudukan ke-58 dunia pada senarai tahun ini, naik daripada kedudukan ke-93 tahun sebelumnya.

“Dia menerima pengiktirafan daripada Brand Finance kerana kepimpinannya yang berpandangan jauh dalam urusan perniagaan, jenama dan kelestarian serta pengurusan berhemat dalam membawa syarikat nasional minyak dan gas dan industri itu maju ke hadapan,” kata kenyataan itu.

Pemimpin perniagaan terkemuka yang lain dalam senarai Brand Guardians 2020 itu termasuk Bernard Arnault dari (LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton SE), (Facebook) Mark Zuckerberg dan (Shell) Ben van Beurden.

Petronas juga sekali lagi diiktiraf sebagai jenama paling bernilai ASEAN dengan pertumbuhan Nilai Jenama (BV) tertinggi di seluruh jenama serantau dalam Global 500 pada US$15.2 bilion.

Pengiktirafan Bank Finance terhadap Petronas terutamanya disumbangkan terhadap prestasi perniagaan syarikat yang lebih kukuh, serta unjuran kukuh dan positif, kata kenyataan itu.

Pengiktirafan ini melengkapkan kedudukan Petronas dalam senarai 500 Jenama Paling Bernilai naik kepada tangga 120 dari tangga 130 pada tahun sebelumnya.

CEO Brand Finance David Haigh berkata: “Petronas, bersama-sama dengan semua syarikat gergasi Minyak dam Gas, menghadapi ketidaktentuan pasaran yang berterusan. Dalam menghadapi cabaran, syarikat itu dengan jelas menetapkan hasratnya untuk berusaha ke arah menyampaikan penyelesaian tenaga secara lebih mampan dan pada masa yang sama menguatkan daya tahannya dan terus tangkas.

Berdasarkan syarikat terkemuka dunia oleh nilai jenama portfolio, Indeks Brand Guardianship menilai CEO, bagaimana mereka berperanan sebagai pengurus jenama dan duta. Sama seperti Indeks Kekuatan Jenama, skor metrik baharu Brand Finance adalah 0-100 dengan mempertimbangkan pelbagai input mencerminkan kejayaan CEO dalam pelaburan, ekuiti penjaga dan prestasi.

Laporan tahunan Brand Finance Global 500 mengenai jenama paling bernilai di seluruh sektor dan negara telah diumumkan hari ini di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast