Datuk Khalid Jaafar. foto FAREEZ FADZIL, 17 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Penasihat Timbalan Presiden PKR, Khalid Jaafar diberi surat tunjuk sebab berikutan aduan disiplin yang diterima Lembaga Displin parti itu.

Beliau yang dituduh memuatnaik artikel yang menimbulkan sangkaan tidak baik kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui laman sosial Facebook diberi tempoh selama 14 hari untuk menjawab surat tersebut.

Bagaimanapun, portal berita, Malaysiakini melaporkan Khalid Jaafar berkata, setakat ini beliau masih belum menerima surat tunjuk sebab itu.

Katanya, beliau hanya mengetahui perkara itu melalui surat bertarikh 23 Januari yang dikongsi di media sosial, lapor The Star. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Tak habis-habis PKR ni. Kalau dalam parti sendiri pun bergolak macamana nak mentadbir negara. Rakyat semakin hari hilang kepercayaan.

Comments are closed.