Foto Facebook Selangor FA

KUALA LUMPUR – Pasukan Liga Super, Selangor membuat keputusan untuk tidak menyertai kejohanan pra-musim di China atas faktor penyebaran wabak berbahaya yang melanda negara tersebut.

Menurut kenyataan rasmi FA Selangor, keputusan tersebut diambil selepas mendapat khidmat nasihat daripada beberapa sumber.

“Selepas mengambilkira beberapa aspek dan juga nasihat daripada beberapa sumber, pengurusan persatuan itu telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari kejohanan pra-musim yang diadakan di China pada 24 hingga 28 Januari 2020.

“Wabak koronavirus merupakan punca utama mengapa keputusan berat ini perlu diambil untuk memastikan keselamatan pemain pegawai pasukan untuk mengelakkan ianya merebak kepada ahli keluarga mereka di Malaysia.

“Pihak Selangor memohon maaf kepada penganjur kejohanan iaitu Meizhou Hakka FC dan akan cuba untuk menyelesaikan hal ini semampu kami,” jelas kenyataan itu.

Sebelum ini, Selangor telah mengharungi kejohanan pra-musim di Shah Alam iaitu Selangor Asia Challenge. – MalaysiaGazete