TURKI – Teka-teki mengenai destinasi pemenang Piala Dunia 2014, Lukas Podolski akhirnya terjawab apabila bekas pemain Arsenal itu sah menyertai kelab Liga Turki, Antalyaspor.

Perkara itu disahkan oleh Antalyaspor menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi kelab apabila Podolski akan memakai jersi bernombor 11.

Setelah beraksi dalam saingan Liga Jepun bersama Vissel Kobe, Podolski meninggalkan pasukan itu kerana gagal untuk mencapai kata putus mengenai kontrak lanjutan dan sejak itu dia berstatus ejen bebas.

Bekas pemain kebangsaan Jerman itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim (JDT) setelah dia meluahkan hasrat kepada pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dia kemudiannya melawat pusat latihan skuad Harimau Selatan itu.

Namun, Podolski memilih tawaran yang diberikan oleh Antalyaspor dan dia kembali beraksi di Turki setelah kali terakhir menyarung jersi Galarasaray.

Antalyaspor ketika ini sedang bergelut dalam saingan Süper Liga apabila berada di zon penyingkiran setelah mengharungi 18 perlawanan.

Kehadiran Podolski dijangka dapat membantu kelab tersebut kembali ke prestasi terbaik sekaligus keluar dari zon penyingkiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast