Gambar hiasan

BENGALURU – Kelayakan tinju Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang dibatalkan di Wuhan, China berikutan penularan wabak virus akan diadakan di Amman, Jordan

Pasukan Petugas Tinju (BTF) Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) mengumumkan pusingan kelayakan untuk Asia/Oceania akan diadakan di Amman pada 3 hingga 11 Mac ini.

“Selepas mengkaji semula semua alternatif dengan teliti, BTF meluluskan cadangan Jawatankuasa Olimpik Jordan dalam usaha untuk mengesahkan tarikh dan lokasi pertandingan secepat mungkin bagi kepentingan atlet bersedia untuk kelayakan itu,” kata BTF.

.Persekutuan Tunju India dan Gabungan Persatuan Tinju Filipina telah menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah kelayakan Olimpik sebelum ia diperuntukan kepada Jordan.

Jawatankuasa Olimpik Jordan dijangka mengumumkan venue tidak lama lagi. – Agensi