KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan hasrat untuk mengambil tindakan saman fitnah terhadap bekas pembantu penyelidiknya, Muhammad Yusoff Rawther.

Yusoff sebelum ini mengadakan sidang media dan akuan berkanun menuduh Presiden PKR itu melakukan serangan seksual terhadapnya dalam kejadian pada 2 Oktober 2018.

FMT melaporkan, peguam Anwar, Ramkarpal Singh telah menasihati anak guamnya supaya tidak meneruskan saman berkenaan walaupun sebelum ini beliau memberitahu telah menerima arahan daripada Anwar untuk memulakan saman fitnah itu.

Artikel berkaitan: Ramkarpal terima arahan Anwar mulakan saman fitnah terhadap Yusoff

Menurut Ramkarpal, nasihat beliau kepada anak guamnya itu berikutan satu saman lain yang difailkan oleh setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak terhadap Yusoff Jumaat lepas.

Keputusan itu juga, kata Anwar, berkait dengan keputusan peguamcara negara untuk tidak meneruskan kes jenayah berhubung laporan polis Yusoff yang mendakwa Anwar membuat serangan seksual ke atasnya pada Okt 2018.

Artikel berkaitan: Wujud keterangan bercanggah, kes Yusoff Rawther terhadap Anwar ditutup

Anwar dalam reaksinya terhadap keputusan PeguamCara Negara itu berkata, beliau tidak dapat memaafkan bekas pembantu penyelidiknyayang telah menuduh beliau melakukan serangan seksual.

“Meskipun dakwaan yang sah perlu disiasat mengikut proses yang sepatutnya namun saya tidak dapat memaafkan tuduhan yang jelek, semberono dan menghina terhadap saya.

Artikel berkaitan:

“Anwar nak saman saya? Teruskan” – Yusoff Rawther

1 Komen

  1. Hari itu iya-iya mahu saman, kali ini tidak jadi pula memang Azmin juga yang bijak sebab dari awal-awal sudah kata tidak mahu saman.

Comments are closed.