Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan pihaknya mengabaikan Kelab Bunga Raya (KBR).

Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Abdul Rahman kelab penyokong parti itu di luar negara telah disalurkan lebih RM100,000 melalui Majlis Eksekutif KBR.

Dana itu sepatutnya diagihkan secara saksama kepada setiap KBR, katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

“Mungkin ada suara sinis yang cuba memainkan sentimen ‘pucuk pimpinan tidak pernah berbuat apa-apa kepada KBR’.

“Mereka silap. Jika ingin disingkap, lebih RM100,000 dana disalurkan kepada aktiviti KBR melalui Majlis Eksekutif Kelab Bunga Raya.

“Ahli-ahli boleh semak dengan mereka yang bertanggungjawab terhadap dana ini. Dana ini sepatutnya diagihkan secara adil dan saksama kepada setiap negara yang mempunyai KBR. Terutama sekali negara yang lebih aktif membuat program,” katanya.- MalaysiaGazette