Foto Agensi

DUBAI – Iran sedang menyediakan tapak untuk melancarkan satelit, kata seorang menteri kerajaan.

“Ya, tapak sedang disediakan untuk menempatkan satelit Zafar ke orbit,” kata Menteri Teknologi Maklumat dan Komunikasi Iran, Mohammad Javad Azari-Jahromi.

Kenyataan itu dimasukkan sekali dengan pautan National Public Radio Amerika Syarikat yang sebelum itu memaklumkan tentang  pelancaran satelit.

Iran gagal melancarkan sekurang-kurangnya dua satelit tahun lepas.

Selepas satelit Zafar dilancarkan, Iran akan dimuktamadkan untuk pelancaran lima lagi satelit, kata menteri itu.

Amerika Syarikat sebelum ini bimbang teknologi balistik jarak jauh itu akan digunakan untuk melancarkan peledak nuklear.

Tetapi Tehran menafikan dakwaan Amerika Syarikat bahawa kegiatan sedemikian bertujuan untuk menyembunyikan pembangunan peluru berpandu balistik dan mengatakan ia tidak pernah mengejar pembangunan senjata nuklear.

Pentadbiran Presiden A.S., Donald Trump, telah melancarkan sekatan terhadap Iran berikutan penarikan semula Perjanjian Nuklear 2015 daripada kesepakatan antarabangsa yang dirancang untuk mengatasi program nuklear Iran.

Trump berkata, perjanjian nuklear itu tidak cukup dan juga ia tidak termasuk sekatan terhadap program peluru berpandu Iran dan sokongan terhadap sekutunya di rantau Timur Tengah.

Kali pertama Iran melancarkan satelit Omid pada tahun 2009 dan Rasad pada Jun 2011.

Tehran juga berkata, negara itu berjaya menempatkan satelit domestiknya, Navid di orbit pada tahun 2012. – MalaysiaGazette