Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berucap pada Pertandingan Bola Sepak Piala Yb Zuraida Kamaruddin di Padang Bola Sepak Tasek Tambahan, Ampang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 22 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Esok, Zuraida Kamaruddin dijangka menyerahkan surat tunjuk sebab kepada Lembaga DisiplinPKR.

Dalam satu jemputan media, Naib Presiden PKR itu akan berbuat demikian pada jam 12.30 hari di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.

Difahamkan, pada waktu yang sama, satu perhimpunan solidariti ke atas Ahli Parlimen Ampang itu akan diadakan serentak di 10 negeri.

Negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

Sebelum itu, PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab dan memberi 14 hari kepada Zuraida untuk membuat penjelasan berhubung ucapannya di sebuah hotel pada Disember lalu.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail hari ini berkata, lembaga disiplin parti belum menerima sebarang jawapan daripada Zuraida.

Katanya, sebarang tindakan bergantung kepada jawapan surat tunjuk sebab berkenaan.

Dalam pada itu, Zuraida juga membatalkan satu program wawancara dengan syarikat televisyen berkenaan isu kawasan khas merokok malam esok.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Dulu Anwar kena pecat, maka wujud lah agenda reformasi, adakah wanita ini mampu mewujudkan reformasi untuk dirinya.

Comments are closed.