TOKYO – Harga minyak teguh selepas menyusut selama lima hari susulan jangkaan OPEC akan melanjutkan pengurangan bekalan minyak mentah ekoran permintaan yang terjejas akibat koronavirus walaupun data menunjukkan penurunan dalam stok Amerika Syarikat (AS) telah membantu kestabilan harga.

Minyak mentah Brent LCOc1 naik sebanyak AS$0.33 atau 0.6%, kepada AS$ 59.84 setong pada 0103 GMT, manakala minyak AS naik AS$0.31 sen, atau 0.6%, kepada AS$ 53.79 setong.

Pasaran kewangan yang terjejas oleh penyebaran virus dan jumlah kematian yang semakin meningkat boleh mengakibat kejatuhan ekonomi, disokong oleh kenyataan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang menyokong usaha China untuk menangani wabak tersebut.

“Ketakutan kepada koronavirus sudah menurun dan data penyusutan 4.3 juta tong minyak oleh Institut Petroleum Amerika memberi rangsangan kepada harga tenaga,” katanya.

OPEC mahu melanjutkan pengurangan pengeluaran minyak sekurang-kurangnya pada bulan Jun, mulai bulan Mac dan penurunan permintaan minyak di China dijangka lebih ketara berikutan penularan koronavirus.

Inventori minyak Amerika Syarikat susut minggu lalu berbanding jangkaan pertambahan sebanyak 482,000 tong oleh kebanyakan penganalisis. – MalaysiaGazette