Nga Kor Ming.
Nga Kor Ming.

KUALA LUMPUR – “Kami (DAP) mencapai kata sepakat untuk meninggalkan kerajaan, jika UEC tidak diiktiraf.

“Kami tidak kisah tidak berada dalam kerajaan, ini prinsip asas, kami akan mendukungnya,” kata Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming.

Beliau berkata demikian dalam wawancara khas dengan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily semalam.

Menurut Kor Ming, DAP tidak teragak-agak meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan jika ia tidak mengiktiraf UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu).

Beliau yang juga ketua DAP Perak berkata, menteri daripada parti itu tidak pernah mendiamkan diri, sebaliknya mereka berusaha membangkitkan isu itu dan ia tidak diuar-uarkan media.

Pengiktirafan UEC antara perkara yang dijanjikan dalam manifeso Pakatan Harapan (PH).

Laporan wawancara itu disiarkan oleh beberapa portal online.

Sementara itu, Kor Ming juga kesal kerana tiada orang memuji atau mengiktiraf 70 peratus usaha DAP dalam bidang pendidikan Cina.

Sebaliknya rakyat hanya melihat 30 peratus tugasnya yang belum selesai, katanya lagi.

Beliau memberi contoh peruntukan secara sistematik kepada sekolah persendirian Cina yang diluluskan Parlimen ketika ini berbanding sepanjang 60 tahun di bawah pemerintahan kerajaan terdahulu.

Kor Ming juga menafikan dakwaan DAP menjadi ‘parti diam’ selepas PRU-14 kerana mereka sebenarnya semakin berani bersuara menerusi mesyuarat kabinet.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu menegaskan perbezaan antara DAP dahulu dan sekarang ialah mereka mengalihkan peranan berani bersuara ke platform kerajaan dan saluran dalaman tetapi beliau kecewa ia tidak dapat dirasai dan dilihat orang ramai.

“Ini mungkin silap kami tidak melakukannya dengan baik dari segi komunikasi dan publisiti. Ini yang perlu kami kaji semula,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

7 Komen

  1. Alhamdulillh anjing2 dap nk kluar drpd krjaan, klu kluar lg bgus, rkyat tggu2 pkara ni..slgi puak2 anjing dap ada dlm krjaan, slagi tu mlysia ni rosak dgn resis anjing2 dap..dan satu lg, klu krjaan ikut kata tlunjuk dap kafir harbi ini, mka, tggu lh krjaan akn hncur…takbir, smoga anjing2 dap hncur dlm mlysia n di bumi mlyu ini..

  2. X payah tunggu dan minta izin keluar saja jika keluar terus dari msia pun lagi bagus , kan satu satu permintaan dari dap rasis ni ,menyusahkan rakyat harmoni di msia saja

Comments are closed.