Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR – Nga Kor Ming menjelaskan laporan berita yang memetiknya berkata DAP akan tinggalkan kerajaan jika Putrajaya tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak benar.

Timbalan Setiausaha Agung DAP itu menganggap kata-katanya dalam satu temubual itu diambil “di luar konteks”.

Kor Ming berkata, dalam interbiu dengan akhbar Cina, Oriental Daily itu topik utamanya adalah mengenai reformasi Parlimen yang sudah tercapai.

Beliau berkata laporan berita itu hanya berdasarkan satu ayat sahaja.

“Nyata sekali ia diambil di luar konteks dan tajuknya tidak tepat,” katanya kepada FMT hari ini.

Dalam twitternya, Kor Ming menganggap laporan Malaysiakini mengenai interbiu yang sama “sangat mengelirukan” kerana ia mengambil kenyataannya di luar konteks dengan melaporkan petikan daripada temubual yang panjang oleh Oriental Daily.

Dalam pada itu, mengulas mengenai interbiu yang sama, beberapa penganalisis politik menganggapnya salah kerana soal UEC belum diputuskan oleh kabinet.

Ada juga menganggap kenyataan itu sebagai ‘ancaman’ kepada kerajaan dan tidak matang. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Jika tak iktiraf UEC, DAP keluar dari kerajaan – Kor Ming

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

7 Komen

  1. Kok meng caksp mvm ular , nak krluar dr ph klu ph tak iktiraf UEC .. skrg cskap lain pulak .. dah terlebih maksn babi hutan ni .. hahahaa

  2. Ha!! tengok surung papan tarik papan.mahu lihat reaksi melayu.dia ni tak akan berhenti kat situ je.

  3. Nafi…nafi….nafi….pemberita klu keluar kan satiap kenyataan dia misti luar kontek putar belit lah klu ada siar vedio dia ceramah pun kata dah edit….

Comments are closed.