Hampir 200 anti Zuraida mengadakan himpunan aman di hadapan ibu pejabat PKR. Turut kelihatan kumpulan Otai Reformis.

PETALING JAYA – Sewaktu Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin mahu menyerahkan jawapan Notis Tunjuk Sebab kepada Lembaga Disiplin, lebih 200 penyokong anti beliau hadir di perkarangan ibu pejabat PKR, hari ini.

Mereka yang rata-rata memakai t-shirt berwarna biru muda parti mahu PKR memecat Zuraida.

Antara sepanduk yang dibawa tertulis ‘MPP pecat Zuraida’, ‘Satu suara pecat Zuraida’, dan juga ‘Undur Mak Lampir,” tulis mereka.

Malah laungan demi laungan mahu Zuraida dipecat juga dilaungkan.

“Kami mahu Zuraida dipecat, parti perlu pecat Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali), dan geng Kartel,” laung salah seorang daripada peserta itu.

Ibu pejabat PKR hari ini dilihat dikawal beberapa pegawai polis dan turut diletakkan pita pelekat garisan kuning polis bagi mengawal keadaan. – MalaysiaGazette