Manchester United didakwa mencapai perjanjian menandatangani Bruno dengan yuran 68 juta pound hari ini.Skysports

LONDON – Manchester United dikatakan telah bersetuju membayar yuran sebanyak £68 juta untuk mendapatkan khidmat Bruno Fernandes.

Bruno dikatakan sudah bersedia terbang ke Manchester pada Rabu ini, lapor SkySports.

Pasukan perunding United dikatakan telah meningkatkan tawaran sebanyak dua kali dalam tempoh 24 jam untuk membolehkan Sporting Lisbon melepaskan pemain itu.

Selepas rundingan selama semingu, Naib Pengerusi United, Ed Woodward didakwa telah mencapai persetujuan dengan Pengarah kelab itu, Hugo Viana.

United akan membayar yuran pendahuluan sebanyak £46 juta dengan tambahan bonus lain untuk Fernandes dengan tawarannya meningkat sehingga £67.76 juta.

Pegawai tertinggi Sporting di Portugal dikatakan sedang menunggu dokumen untuk disemak dan ditandatangani untuk mengaktifkan perjanjian itu. – Agensi