Reaksi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dirakam pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Rakan Strategik KPLB di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 30 JANUARI 2020

PUTRAJAYA – Tidak ada keperluan bagi kerajaan buat masa ini untuk menghentikan semua penerbangan dari China, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, satu kajian akan dilakukan untuk membuat keputusan itu.

“Waktu ini kita belum ada keperluan itu dan akan buat kajian sama ada perlu henti flight semua dari seluruh China,” katanya.

Beliau diminta mengulas tindakan Kerajaan Sabah yang menggantung semua penerbangan dari China ke Sabah berkuatkuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak.

Timbalan Ketua Menteri Christina Liew berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Kabinet semalam memandangkan ancaman koronavirus.

Beliau berkata penggantungan ini hanya sementara dan operasi akan disambung semula selepas keadaan kembali normal.

Dr Mahathir berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Rakan Strategik Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.

Ditanya mengenai maklum balas dari Kerajaan China untuk membawa balik rakyat Malaysia dari Wuhan, beliau berkata pihaknya baru memulakan rundingan dan belum mendapat respon lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Perdana Menteri Russia, Mikhail Mishustin telah menandatangani surat arahan penutupan sempadan di antara Russia dan China berkuatkuasa serta merta.

    Bagus Rusia ni, Korea Utara yang kurantin mana2 individu yang keluar dari China selama sebulan juga tindakan bagus, betul2 jaga kebajikan rakyat mereka!

    Malaysia? Kah..kah..kah…

Comments are closed.