Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap akan dapat meletakkan alat pegimbas haba mengesan Koronavirus di semua 61 pintu masuk antarabangsa.

Menurut Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, ia terrmasuklah menambah beberapa pengimbas di pintu masuk yang mengalami kekurangan alat tersebut, iaitu sempadan Thailand.

“Ya memang kita rancang untuk memastikan bukan sahaja sempadan malah semua pintu masuk. Sekarang kita ada 61 pintu masuk antarabangsa,”katanya ketika sidang media.

Sehingga kini alat pengimbas haba diletakkan di 54 pintu masuk antarabangsa bagi mengesan wabak itu di kalangan pelancong dari China.

Kementerian Kesihatan selepas menerima peruntukan daripada Kementerian Kewangan ujarnya lagi akan menambah 25 lagi unit alat pengimbas haba unuk diletakkan di pintu-pintu masuk antarabangsa.