Timbalan Ketua MCA Sabah, Dr. Pamela Yong bercakap pada Diskusi Pasca PRK Kimanis : Fakta dan Pengajaran di Tanjung Lounge, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 30 JANUARI 2020

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Penyelidikan Dasar (INSAP), Dr Pamela Yong menyifatkan kekalahan Warisan ada kena-mengena dengan beberapa orang kanan Ketua Menteri Sabah yang ‘menghilangkan diri’ ketika minggu kedua berkempen.

“UPKO ada di situ, (tapi) orang kanan Ketua Menteri Sabah, iaitu Darell Leiking menghilangkan diri, selaku anak ahli Parlimen Penampang, adik-beradiknya yang menjadi pejuang kebebasan untuk rakyat Sabah.

“Di mana perginya pemimpin tempatan daripada PKR dan DAP? Malah Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew, di mana dia?” soalnya lagi.

Katanya lagi, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi satu-satunya pemimpin nasional yang mendapat sambutan hangat apabila turun berkempen dalam PRK Kimanis.

“Anwar satu-satu pemimpin nasional yang mendapat sambutan hangat ketika turun berkempen tapi Mohamad Sabu, Tian Chua dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak mendapat sambutan langsung,” katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyifatkan perbicaraan mahkamah yang sedang dihadapi Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terbukti tidak menganggu peluang Barisan Nasional (BN) mempertahankan Parlimen Kimanis.

Sebaliknya kehadiran dua nama besar itu khususnya Najib menjadi saluran kepada para pengundi untuk meluahkan kekecewaan mereka dengan kerajaan dengan mengundi pembangkang, katanya.

“Datuk Seri Najib dengan fenomena bossku menjadi saluran kepada mereka (pengundi) untuk meluahkan kekecewaan mereka terhadap kegagalan kerajaan hari ini (Warisan-Pakatan Harapan),” katanya dalam Diskusi Pasca PRK Kimanis di Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. sebab rakyat anggap najib dan zahid hanya fitnah politik saja. bukan kesalahan sebenar. pun. mereka lihat sebagai lakunan kerajaan ph. bukti yang mereka pegang setiap yang bersalah mesti dikurung dalam penjara. bila lepas bebas. itulah rakyat sangsi.

Comments are closed.