Jerome Lee

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang saksi bagi membantu perbicaraan kes SRC International Sdn. Bhd., Jerome Lee Tak Loong.

Jerome, 44, memegang kad pengenalan 761012-10-5683 mempunyai alamat terakhir di 33A, Jalan Pinggiran Semarak Api, Sierramas, 47000 Sungai Buloh, Selangor.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Penolong Kanan Pesuruhjaya Rosli Husain di talian 010-3187757.- MalaysiaGazette