KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria gagal membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 kepada Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara negeri itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol itu didapati bersalah memfitnah Mohammad Nizar dalam satu rencana yang disiarkan sebuah alhbar kompak bertarikh 2 Jun 2015 bertajuk, “Pendekatan Nizar Mirip DAP”.
Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya, Datuk Dr. Badariah Sahamid telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh sebelum ini yang memerintahkan Razman membayar RM200,000 kepada Mohammad Nizar.
Perak Insights melaporkan, Peguam Mohammad Nizar, Mohd Fitri Asmuni mengesahkan perkara itu.
Menurutnya, setakat hari ini, tiada lagi bayaran ganti rugi sebanyak RM200,000 yang sepatutnya dibayar kepada anakguam beliau.
“Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh Razman kepada Mohammad Nizar sebanyak RM254,150. Itu sudah termasuk kos dan faedah lewat bayar sekali.
“Saya telah pun menghantar surat kepada peguam beliau sebelum ini dan meminta beliau membayar jumlah penghakiman tersebut selewat-lewatnya pada 29 Januari yang lalu.
“Namun mengikut rekod saya setakat hari ini, Razman belum bayar apa-apa pun lagi,” katanya.
Ditanya sama ada beliau ada menerima apa-apa arahan lanjut daripada Mohammad Nizar berhubung perkara tersebut, Mohd Fitri menjelaskan perbincangan telah dilakukan dengan anakguamnya itu berikutan kegagalan Razman membayar jumlah penghakiman tersebut dalam waktu ditetapkan.
“Ya, semalam saya telah pun menghubungi Mohammad Nizar dan memaklumkan kepada beliau mengenai perkara tersebut.
“Kami juga telah berbincang tindakan selanjutnya yang perlu diambil terhadap beliau. Insya-Allah kita akan teruskan dengan tindakan kebankrapan terhadap beliau dalam masa terdekat,” jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohammad Nizar memaklumkan Razman telah memohon supaya bayaran ganti rugi kepada beliau itu dibayar secara ansuran namun cadangan tersebut ditolak.
“Peguam saya telah memaklumkan cadangan Razman tetapi saya tolak. Saya minta beliau bayar semua sekali serentak ikut waktu yang telah ditetapkan.
“Saya harap kes ini menjadi pengajaran kepada beliau supaya jangan mudah-mudah memfitnah orang lain lagi selepas ini,” katanya. – MalaysiaGazette

















Tak pyh byr 1 sen pun kpd puak2 dap bodoh anjing dap kafir harbi tu…biar lh bankrap pun…