Lokman Noor Adam slander Syariah Chief Judge Dr Mohd Na’im Mokhtar sexual harassment
Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menyanggah beberapa alasan yang didakwa diberikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan parti itu berkerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Lokman mendakwa Ahmad Zahid menyatakan alasan itu pada mesyuarat Jawatankuasaa Perhimpunan Muafakat Nasional yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Tajuddin Abd. Rahman.

Katanya, antara alasan yang diberi oleh Presiden UMNO itu ialah parti itu perlu menjaga Muafakat Nasional disebabkan Pas hendak kerjasama dengan Mahathir, yang mana ia perlu mengikutnya supaya tidak ketinggalan.

Menurut Lokman, UMNO adalah sebuah parti yang berusia 72 tahun itu sentiasa memimpin rakan-rakan komponen yang berkerjasama dengannya.

“Sungguhpun sebagai seorang abang, kita boleh belajar dan berkerjasama dengan Pas dalam soal mendaulahkan Islam, namun adalah tidak masuk akal bahawa UMNO perlu mengikut Pas menyokong seorang diktator yang zalim dan meninggalkan Mantan Presiden UMNO yang sedang dianiaya oleh Mahathir.

“Tuan Guru Hj Hadi sendiri lebih tegas dengan Tun Mahathir dengan menyatakan bahawa sebarang kerjasama tidak boleh meninggalkan Dato Sri Najib yang kini mendapat sokongan rakyat.

“Kenyataan Zahid ini jelas membuktikan bahawa beliau adalah manusia yang suka menyalahkan orang lain demi menghalalkan tindakannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang menyifatkan Ahmad Zahid sebagai seorang Presiden yang lemah dan tiada jati diri turut menafikan alasan UMNO tidak boleh selesaikan masalah Datuk Seri Najib Razak jika parti itu tidak berkerjasama dengan Mahathir.

Dakwa Lokman, selepas menggunakan nama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menghalalkan tindakannya berunding dengan Dr. Mahathir, kini Presiden UMNO itu menggunakan nama Najib.

“Yang dia tidak cerita, perundingan dengan Mahathir hanyalah untuk menyelamatkan dirinya dari 87 pertuduhan dan kembali dalam Kabinet. 33 pertuduhan yang beliau hadapi kini mendapat tawaran pilihan dengan hukuman lebih rendah.

“Ini juga boleh dianggap bukti jelas rundingan telah berlaku. Dari pertuduhan yang boleh membawa hukuman denda atau penjara 20 tahun setiap pertuduhan, kini tinggal denda atau penjara maksimum 2 tahun sahaja,” dakwa beliau.

Menurut Lokman, Najib  tidak pernah melantik Ahmad Zahid menjadi perunding bagi menyelesaikan kes beliau.

Malah katanya, Najib meminta agar UMNO tidak melibatkan diri dengan kesnya kerana yakin beliau berada di pihak yang benar dan mampu membuktikannya di mahkamah jika ia  berlaku adil tanpa campurtangan politik.

Menurut Lokman, UMNO memerlukan pemimpin yang bersedia untuk membela nasib rakyat dan bukan mereka yang sanggup berkompromi dengan penguasa demi menyelamatkan diri daripada dipenjara dan mengejar jawatan dan habuan.

“Sekiranya UMNO diharamkan supaya ianya boleh menghalalkan penyokong Hishammuddin dan Zahid menyertai Mahathir, saya yakin lebih 90% ahli UMNO akan mengikut Dato’ Sri Najib untuk mengambilalih mana-mana parti lain,” katanya yang menyanggah alasan bakawa adalah sama sajhaja jika ahli UMNO keluar parti dan menyertai Pas. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kalau Zahid & Hishamudin membawa UMNO bekerjasama dgn Medey Firaun..maka tunggulah kehancuran UMNO selamanya…

Comments are closed.