Dalam pada itu, TH melancarkan platform lama perkhidmatan digital untuk para pendeposit yang dikenali sebagai THiJARI.

Ia merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan kepada para pendeposit untuk menyemak akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang dan perkhidmatan Haji.

“Ini akan menyenangkan pendeposit TH menjimatkan masa tidak payah datang ke kaunter, dan kalau nak semak baki boleh guna platform ini.

“Kami menyesorkan kepada pendeposit TH untuk gunakan THiJARI yang akan banyak membantu mereka di masa depan kita akan tambah lagi fungsi-fungsi lain yang ada,” katanya lagi.

Turut dilancarkan Kempen Daftar, Simpan dan Menang yang membolehkan pemenang memenangi pakej umrah dan wang tunai berjumlah RM300,000.

Pendeposit hanya perlu mendepositkan sejumlah RM5,000 ke dalam akaun TH mereka dan mengekalkan simpanan mereka sehingga Disember depan bagi melayakkan mereka menyertai kempen ini.

1 Komen

Comments are closed.