KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menasihatkan Pengerusi DAP Kelantan, Datuk Zaid Ibrahim agar berdiam diri kalau dirinya jahil mengenai Islam.
Naib Presidennya, Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah berkata, selain pandangannya bersifat peribadi, ia juga menunjukkan kedangkalan seorang pemimpin yang beragama Islam.
“Kita berpendapat saranan ini lebih bersifat pandangan peribadi yang sangat dangkal dan tidak melihat kepada realiti pengajaran kelas agama secara realistik dan holistik.
“Mata pelajaran Pendidikan Islam (PI) adalah subjek teras yang wajib diikuti oleh semua murid beragama Islam dengan Akta Pendidikan 1996.
“Masa digunakan untuk PI pula kurang daripada 13 peratus setahun iaitu 96 jam setahun dari 752 jam keseluruhan mata pelajaran. Jadi, penekanan yang lebih diberikan kepada subjek itu bersifat akademik dan kemahiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selasa lalu, Zaid dilaporkan mencadangkan agar pengajaran kelas agama di sekolah seluruh negara dihadkan kepada dua jam seminggu.
Bekas Menteri Undang-Undang itu berkata, minda orang Melayu yang terlalu bergantung kepada guru agama untuk ilmu pengetahuan didakwa punca pembangunan minda mereka agak perlahan.
Menurut Dr. Amini Amir yang juga Ketua Biro Hal Ehwal Islam (Bihalim) Perkasa, pihaknya memandang serius pandangan serong Zaid mengenai isu itu dan berharap tidak ada mana-mana pihak memberi tempat kepada pemimpin DAp itu dalam agensi bersifat pendidikan.
“Pasti porak peranda jadinya sekiranya beliau mempunyai kuasa,” katanya.
Beliau berkata, Zaid bukan sahaja memperlekehkan guru agama bahkan memperkecilkan jasa bakti mereka dalam memberi didikan ilmu kepada anak bangsa.
“Kita berharap Zaid segera memohon maaf kepada guru agama yang telah bersusah payah membentuk sahsiah diri dan akhlak anak kita menjadi manusia beriman dan soleh.
“Bagaimana beliau boleh membuat kesimpulan, punca pembangunan minda murid agak perlahan dan dari mana beliau mendapatkan dapatan kajian mengenai fakta yang terpesong ini?
“Apakah beliau ini mempunyai akal yang pendek dan tidak boleh berfikir panjang?” soalnya. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:

















Itu lh cakp, mana2 manusia yg baik klu masuk n berkawan dgn puan2 anjing2 dap kafir harbi akn rosak n akn hncur..itu lh realiti parti dap ..mana2 parti yg bergabung dgn dap tak akn kekal lama, akn hncur..sbb dap adlah parti dajal n parti yg perlu di hancur kn dr dlm malysia..puak2 yg msuk dap ni, mnusia yg rosak ..