Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih kekal memerintah sehingga hari ini, walaupun heboh ura-ura mengatakan akan berlaku kerajaan pintu belakang antara parti Muafakat Nasional (MN) dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar secara berseloroh berkata, apa yang beliau takut dengan ura-ura itu, yang mana MN terjebak dan akhirnya masuk pintu jamban.

“Kerajaan PH masih kekal sampai ke hari ini, tak ada pun pintu belakang, semua (dakwaan itu).

“Kalau depa (MN) nak ikut pintu belakang saya tak tahulah, takut akhirnya terjebak jadi pintu jamban, macam P. Ramlee (merujuk filem Ali Baba dan 40 Penyamun).

“(Penyamun) agak situ ada harta, rupanya pintu jamban,” katanya ketika diminta mengulas mengenai ura-ura berlaku kerajaan pintu belakang antara Barisan Nasional (BN), Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan sebahagian dari PKR.

Baru-baru ini, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dilaporkan mendedahkan percakapan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai parti itu menimbangkan untuk bekerjasama dengan Dr. Mahathir bagi menjaga MN dan menyelesaikan masalah Bossku.

Pendedahan itu menimbulkan pro dan kontra berikutan ramai dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO tidak bersetuju dengan cadangan Presiden parti itu, yang disifatkan sebagai membelakangkan kehendak rakyat.

Namun, hari ini juga, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan ketika mengulas perkara itu, mengingatkan pucuk pimpinan parti supaya tidak terburu-buru dalam menerima ‘lamaran’ yang dikatakan ke arah mengukuhkan kepentingan politik Melayu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Klu benar2 terjadi kut kau yg jadi menteri jamban jagA indah water je….jgan takbur..dulu kau dah rasa bila diabai kan dlm pas.

  2. Inilah dia manusia yang tidak pernah bersyukur. Dah keluar dari PAS pun masih tetap dendam dengan PAS. Busuknya hati Allah sahaja yang tahu.

Comments are closed.