NEW DELHI – Seorang kanak-kanak berusia lima tahun mendakwa dirogol di dalam kawasan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di New Delhi, kata para pegawai.

Kanak-kanak itu, yang mana bapanya merupakan pembantu rumah di kedutaan tersebut, bermain berseorangan di luar pada pagi Sabtu lalu apabila jirannya, anak lelaki kepada kakitangan lain di kedutaan itu yang berusia 25 tahun, didakwa mengumpan kanaka-kanak tersebut untuk masuk ke dalam kediaman kakitangan keluarganya dan merogol mangsa, kata polis tempatan kepada agensi berita, PTI.

Kediua-dua keluarga tinggal dalam kawasan kedutaan AS seluas 18 ekar yang dikawal ketat di Chanakyapuri, sebuah kejiranan diplomatik yang terletak di pusat bandar, lapor BBC.

Ibu kanak-kanak terbabit membuar laporan dakwaan serangan itu di balai polis Chanakyapuri pada Ahad lalu.

Kanak-kanak itu dibawa ke hospital untuk penilaian perubatan. Para doktor mengesahkan beliau telah dirogol, kata polis.

“Kami sangat terganggu dengan dakwwan salah laku ini

“Kami mengambil tindakan segera apabila dimaklumkan dakwaan itu dan membawa perkara ini untuk perhatian pihak polis. Kami memberi kerjasama penuh dengan mereka,” kata kenyataan Kedutaan AS.

Suspek tidak bekerja dengan Kedutaan AS, menurut BBC namun bapanya adalah kakitangan kedutaan itu.

Beliua tinggal bersama ibubapanya di kawasan kedutaan dan bekerja sebagai pemandu.

Seorang individu yang identitinya tidak didedahkan telah ditahan.

Kes tersebut sedang disiasat di bawah undang-undang perlindungan kanak-kanak India yang ketat, kata polis. – Agensi