BEIJING – Bintang filem seni mempertahankan diri Hong Kong, Jackie Chan tampil menawarkan ganjaran sejuta renminbi (RM587,709) kepada individu yang dapat menghasilkan antidot bagi koronavirus (2019-nCoV).

Jackie, 65, dilaporkan membuat tawaran itu melalui aplikasi Weibo yang digunakan secara meluas di China.

“Sains dan teknologi adalah faktor utama dalam mengawal wabak ini. Saya yakin ramai orang bersetuju dengan saya.

“Saya berjanji akan mengucapkan terima kasih kepada individu dan mana-mana organisasi yang berjaya menghasilkan antidot bagi koronavirus melalui sumbangan sejuta renminbi,” katanya dipetik agensi.

Bagaimanapun, Jackie yang cukup dikenali dengan skil pertarungan hebat dalam filem kungfu,mahu orang ramai menyalah anggap dengan tawaran yang dibuat.

“Ini bukan tentang ganjaran wang. Saya tidak mahu melihat jalan dan tempat awam ditinggalkan kosong serta rakyat terpaksa berjuang melawan virus bahaya ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast