TERKINI : KPN Minta Henti Politikkan Kes Indira Gandhi

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador minta pihak-pihak tertentu supaya berhenti daripada mempolitikkan kes Indira Gandhi yang kini bersembunyi selepas melarikan diri bersama anak perempuannya.

Beliau berkata, pendedahannya sebelum ini apabila menyatakan tahu dimana suspek yang nama Islamnya Ridhuan Abdullah dibuat disebabkan desakan daripada masyarakat.