M Kula Segaran

IPOH – Lembaga Pertubuhan Keselamatan Pekerja (Perkeso) telah membuat keputusan berhubung subsidi dialisis tanpa pengetahuan Menteri Sumber Manusia.

“Selepas saya mengetahui tentang itu, saya mengadakan perbincangan dan mengarahkan Perkeso untuk membatalkan arahan baru itu kembali kepada prosedur asal yang telah diamalkan selama 20 tahun lalu.

“Keputusan itu dibuat tanpa pengetahuan saya dan ada yang mengatakan bahawa ia adalah Menteri yang memerintahkannya, tetapi ia tidak demikian,” kata M. Kula Segaran seperti yang dilaporkan The Star.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Artikel berkaitan: MTUC bidas tindakan Perkeso nafi dialisis percuma

Tanggung dialisis pencarum tak mufliskan Perkeso

Syarat baharu kemudahan dialisis untuk pencarum Perkeso ditarik balik

Kalau mahu jaga kebajikan pencarum kenapa Perkeso umum syarat baru?

Kula Segaran berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang menggesa beliau tidak berdiam diri berhubung garis panduan subsidi dialisis yang ditetapkan oleh Perkeso.

Baru-baru ini Perkeso telah melaksanakan garis panduan baru yang mengehadkan akses kepada pencarum untuk menerima rawatan dialisis.

Bagaimanapun, Kula Segaran menambah, subsidi dialisis bukanlah salah satu peruntukan di bawah Akta Perkeso.

“Tetapi kami gembira orang seperti Dr Lee, yang kementeriannya boleh menyediakan perkhidmatan (dialisis) dengan hospital yang terdapat di mana-mana di negara ini dan Perkeso akan menambah.

“Kami akan membantu mereka yang bekerja dan telah menyumbang selama 12 bulan berturut-turut,” kata Kulasegaran. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.