Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) harus segera melaksanakan dasar rangsangan fiskal melalui projek-projek infrastruktur bagi meningkatkan ekonomi melalui penciptaan pekerjaan yang bergaji tinggi dan menggalakkan perbelanjaan domestik.

Itu pandangan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurutnya, prestasi pengurusan ekonomi negara sekarang ternyata makin meruncing apabila kadar pertumbuhan KDNK negara yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi suku keempat tahun 2019 iaitu 3.6 peratus – menjadikan pertumbuhan KDNK untuk keseluruhan tahun 2019 ialah 4.3 peratus.

“Prestasi ini adalah jauh di bawah andaian asal Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) sebanyak 4.9 peratus semasa umum bajet 2019 dan juga di bawah ramalan 4.7 peratus semasa dia umum bajet 2020. Juga terburuk dalam tempoh sedekad,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Asyraf, Guan Eng juga tidak harus bergantung kepada dasar monetari sahaja untuk meransang ekonomi kerana OPR telah diturunkan dua kali sejak PH mengambil alih Putrajaya.

Justeru beliau menggariskan lima kesan besar daripada pengumuman terbaru Bank Negara Malaysia iaitu pertamanya, penurunan keyakinan dari pengguna dan pelabur pada ekonomi Malaysia tahun 2020.

Kedua, pengguna dan pelabur akan mengambil sikap berhati-hati untuk berbelanja dan pelabur tidak berminat untuk melabur di Malaysia.

Ketiga, pengurangan permintaan domestik disebabkan pengguna berjaga-jaga dengan perbelanjaan mereka akan melembabkan lagi ekonomi negara pada tahun 2020 di mana saiz pekerja mungkin dikurangkan disebabkan pihak swasta ingin mengurangkan bebanan kos operasi. Kitaran negatif akan menyebabkan Malaysia akan terkesan teruk sekiranya tiada ransangan ekonomi dilaksanakan.

“Keempat, penurunan pelaburan bermakna tiada penciptaan pekerjaan baharu dan tiada pelaksanaan teknologi baharu di Malaysia sekaligus tidak meningkatkan produktiviti negara,” ujarnya.

Kelima pula, katanya, cabaran wabak koronavirus akan memberi kesan pada sektor perlancongan pada suku pertama tahun 2020 di mana pada tahun 2019 dalam tempoh yang sama menyumbang kutipan mencecah RM21.44 bilion di mana China dan Singapura menyumbang masing-masing hampir RM3.7 bilion dan RM6.17 bilion.

Pengurangan pelancong dari China dan Singapura sudah pasti berlaku seperti yang dijangka oleh BNM.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Apabila kumpulan perompak memberi tunjuk ajar.
    Siapalah asyraf ni apabila dibandingkan dgn LGE.
    Saya bukanlah suka sangat dap.

    Tapi saya lagi tak suka melayu yang korup.

    • Abis tu LGE yg kau dewakn tu tak korup ke? Kalau suci hnya disbbkn oleh geng sndiri yg mngklasifikasikn kes lge sbgai NFA sdgkn kes beliau tu kuat lbh kuat dri kes khir toyo jadi tak perlulah kau nk sembang lebih2…Jauh lebih baik seorg islam yg korup dari kafir yg korup..

Comments are closed.