Hakim Ziyech

LONDON – Kelab Belanda, Ajax Amsterdam dilaporkan telah bersetuju untuk melepaskan pemain tengah, Hakim Ziyech kepada Chelsea.

BBC Sport melaporkan, Ajax telah bersetuju untuk menjual Ziyech kepada pasukan Liga Perdana Inggeris itu dengan nilai perpindahan sebanyak £33.3 juta.

Namun perpindahan itu dijangka akan meningkat kepada £36.6 juta apabila ianya melibatkan terma-terma peribadi antara Ziyech dengan Chelsea.

Sekiranya perpindahan itu berjaya direalisasikan secara sepenuhnya, Ziyech bakal menjadi pemain pertama dimiliki oleh Frank Lampard selepas kelab itu dikenakan sekatan perpindahan sebelum ini.

Juara Liga Eradivise Belanda musim lalu pada mulanya dikatakan tidak berminat untuk melepaskan Ziyech kerana mereka kini dalam misi mengejar kejuaraan sebagai juara Belanda.

Sebelum itu, Ziyech merupakan prospek muda yang mencuri perhatian di Belanda dan dijangka akan menjadi bintang utama dunia.

Namun begitu, dengan kemunculan Matthias De Ligt dan Frenkie De Jong yang lebih menyerlah seolah-olah meneggelamkan perhatian kepada Ziyech.

Hasilnya, De Ligt dan De Jong lebih awal meninggalkan Ajax Amsterdam dengan masing-masing menyertai Juventus dan Barcelona. – MalaysiaGazette