Hujan dan ribut petir diramalkan berlaku di Selangor.- Gambar hiasan.

SYDNEY – Kebakaran yang merentasi Australia berjaya ditangani buat kali pertama dalam tempoh enam bulan selepas hujan lebat.

Malah, hujan lebat turut meningkatkan paras tertinggi air empangan dalam tempoh hampir dua tahun.

Australia telah bertarung dengan beratus-ratus kebakaran belukar sejak September lalu selepas mengalami kemarau selama tiga tahun disebabkan perubahan iklim.

Dengan ribut yang merempuh pantai timur Australia pada awal minggu ini, Perkhidmatan Bomba Luar Bandar (RFS) New South Wales (NSW) berkata, setakat ini hanya ada 24 kebakaran di seluruh negeri, tetapi semuanya terkawal.

“Ini adalah berita hebat,” kata Timbalan Pesuruhjaya RFS, Rob Rogers.

Keadaan sekarang adalah jauh daripada puncak krisis yang berlaku pada awal Januari ketika bomba bertarung dengan hampir 150 kebakaran membabitkan kawasan sepanjang 6,000 kilometer.

Kebakaran itu telah memusnahkan hampir 12 juta hektar belukar dan mengorbankan 33 orang dan sejuta haiwan sejak September tahun lalu.

Bencana itu turut memusnahkan beribu-ribu kediaman.

Hujan lebat dijangka berterusan beberapa hari lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast