Kamaruzaman Mohamad
Kamaruzaman Mohamad

KUALA LUMPUR – Pas secara terbuka menyatakan pendirian menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri sehingga PRU-15.

Pendirian berkenaan disuarakan menerusi satu syor parti itu untuk mengemukakan usul percaya di Parlimen pada Mac ini.

Menurut Ketua Penerangan Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad, pendirian parti berhubung sokongan kepada Mahathir mempunyai asas tertentu termasuk keutamaan untuk menjaga kemaslahatan negara dan rakyat.

“Atas dasar tanggungjawab, Pas tampil menyokong beliau kekal sebagai Perdana Menteri sehingga PRU-15.

“Rakyat melihat berlaku krisis kesepakatan dalam kalangan parti-parti Pakatan Harapan (PH) yang mencerminkan ketidakstabilan dalam pemerintahan.

“Parti-parti tersebut tidak menunjukkan komitmen dalam membantu menguruskan negara sebagai sebuah kerajaan, sebaliknya bersaing antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Kamaruzaman menyatakan kebimbangan itu apabila wujudnya pihak tertentu dalam kerajaan memberi tekanan untuk menyegerakan peralihan kuasa tersebut.

Justeru, katanya, Pas mengambil langkah terkehadapan dalam menyatakan sokongan kepada Dr. Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sehingga PRU akan datang.

“Kita berpendirian, sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, peletakan dan pemilihan Perdana Menteri haruslah mendapat sokongan semua Ahli Parlimen terutama dari kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast