Suspek pedofil, Carrazana, 22 ditahan dan dihadapkan ke mahkamah selepas dituduh merogol dan memaksa lelaki remaja menjual dadah. Foto: NBC6

MIAMI – Seorang wanita pedofil merakam aksinya merogol remaja lelaki berusia 15 tahun dan menggunakan rakaman itu mengugut dan memaksa mangsa menjual dadah untuknya.

Polis berkata, suspek Irabelis Carrazana, 22, dilaporkan mula mencabul mangsa sejak tahun lalu.

Suspek perempuan itu dituduh merakam aksi merogol mangsa  sebelum memaksanya untuk menjual dadah.

Carrazana bagaimanapun ditahan pada Isnin lalu selepas mangsa pedofilia itu mengadu dia didera oleh perempuan itu.

Polis tidak menolak kemungkinan suspek menggunkan rakaman pita video berkenaan untuk memeras ugut supaya mangsa menurut kehendaknya.

Suspek juga dilaporkan mengaku merakam aksinya mendera mangsa secara seksual dalam telefon ketika disoal siasat polis dalam tahanan.

Pasukan penyiasat yang memeriksa telefon bimbit suspek berjaya menemui mesej pesanan ringkas yang mengesahkan segala dakwaan terhadapnya.

Carrazana didakwa mengarahkan mangsa untuk menjual narkotik mewakili seorang individu tidak dikenali sebelum dikatakan mengamuk selepas mangsa gagal mengambil wang daripada pembeli dadah.

Laporan polis mendakwa rakaman perbualan lain antara defendan dan beberapa individu tidak dikenali menerusi mesej pesanan ringkas mendedahkan bahawa defendan terlibat dalam aktiviti berkumpulan.

Rangkaian Geng Carrazana menyaksikan berlaku pertengkaran ganas dengan mangsa dan mendedahkan mangsa kepada insiden tembakan yang disasarkan terhadap rumahnya.

Pada Januari lalu Carrazana pernah ditahan polis atas kesalahan dadah dan jenayah bersenjata.- MalaysiaGazette