PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

GOMBAK – Dua lelaki telah ditahan kerana didakwa melakukan provokasi terhadap penguatkuasa imigresen dalam cubaan menghalang mereka daripada menjalankan operasi pendatang tanpa izin berhampiran kuil di Batu Caves.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Arifai Tarawe berkata, kedua-dua lelaki itu ditangkap secara berasingan di Batu Caves.

Artikel berkaitan:

Provokasi terhadap anggota Imigresen beri kesan buruk kepada negara

“Kami menahan seorang lelaki berumur 47 tahun sekitar 7 malam pada hari Sabtu dan seorang lagi jam 12.30 pagi Ahad. Mereka akan ditahan selama tiga hari untuk membantu siasatan,” katanya seperti yang dilaporkan The Star.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 186 dan 506 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas mereka dan mengkritik jenayah. – MalaysiaGazette

Imigresen buat laporan polis halang tugas di Batu Caves