Allahyarham Abdul Jalil Long.

KUALA LUMPUR – “Arwah seorang yang luar biasa hebat dan memberi inspirasi kepada keluarga, kakitangan dan masyarakat.”

Itu gambaran cucu kepada pengasas produk kicap terkenal bumiputera, Jalen Sdn Bhd,  Datuk Abdul Jalil Long yang meninggal dunia pukul 3.55 petang tadi.

Khairul Mohd Hamsyr, 29, berkata, pemergian arwah meninggalkan kesan kepada keluarganya.

“Arwah seorang yang tegas, baik hati, pemurah, adil dan memberi layanan sama rata kepada anak cucunya,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Abdul Jalil yang berusia 82 tahun, menghembuskan nafas terakhir disamping keluarganya di sebuah hospital swasta di Johor Bharu.

Jutawan kicap itu meninggalkan seorang isteri, Datin Maimon Yatim, 76, enam anak dan 30 cucu.

Jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Isyak di Tanah Perkuburan Kebun Teh, Johor.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Usahawan terkenal, pengasas kicap Jalen meninggal dunia