Jenayah Terancang : 12 Geng ‘Ayah Yie Tiger 99’ Mengaku Tidak Bersalah

Tiga penjawat awam dan sembilan yang lain didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang bernama ‘Ayah Yie Tiger 99’ sejak Mei 2017.

Bagaimanapun ketua kumpulan itu, Masyre Mohamed Narizan dan semua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Semua tertuduh yang berusia antara 28 hingga 43 tahun itu didakwa mengikut di bawah Seksyen 130 (V) Kanun Keseksaan dan disiasat di bawah Akta Keselamatan Langkah-Langkah 2012 (SOSMA 2012) serta boleh dipenjara lima hingga 20 tahun.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast