Najib Razak

KUALA LUMPUR – Pemindahan milik bangunan hotel-hotel kepada syarikat lain sepatutnya bukan alasan untuk menutup hotel.

Ini kerana, perubahan yang berlaku dalam pengurusan hotel dan pemilik bangunan hotel itu bukan luar biasa, kata Datuk Seri Najib Razak.

Melainkan syarikat milik Kementerian Kewangan yang mengalih alih empat hotel milik TH Hotel & Residence Sdn. Bhd. (THHR) iaitu Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB) sudah ada rancangan untuk menjual bangunan-bangunan tersebut kepada pihak lain yang mungkin akan memulakan operasi hotel mereka sendiri.

“Ladang milik TH, mereka jual.

“Hotel milik TH yang untung, mereka tutup dan jual bangunannya,” tambah bekas Perdana Menteri itu.

Beliau mengulas mengenai penutupan empat hotel milik THHR susulan penamatan operasi dan perkhidmatannya mulai 1 April ini.

Menurut notis bertarikh 17 Februari yang ditandatangani oleh Pemangku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zulkefli Ahmad, penutupan operasi hotel yang terletak di Kota Kinabalu, Kuala Terengganu, Pulau Pinang dan Alor Setar itu adalah disebabkan pengambilan alih hartanah tersebut oleh Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.

Penutupan operasi tersebut juga melibatkan pemberhentian kakitangan yang berlebihan dan akan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

    • Dia ckp untung tu masa pentadbiran BN dulu..sbb tu dia tau..ko igt TH bisnes hotel ja ka?..klu ada 9 bisnes, 7 rugi..hat untung pn tenghelam dem rugi tu sedara

      • Pakar Hibah Perniagaan..Dan bgaimana kau tau yg hotel ni rugi? Kau sape? Kau ada kena mngena dgn hotel ni ke dulu semasa BN mnjadi kjaan? Kau tau ke DSN dulu adalah mnteri kwangan?

  1. Kalu rugi tubuh RCI napa takut…aset2 tabung haji abis di jual…ajak berdebat pun takut menteri bongok….

Comments are closed.